Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis)

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 98,400 kilogram makanan gluten jagung dari Korea tanpa permit import sah di Pelabuhan Klang Utara kelmarin.

Pengarahnya, Zamri Hashim berkata, makanan tambahan bagi industri ternakan yang dianggar bernilai RM291,364 dirampas dalam pemeriksaan rutin dilakukan pada pukul12 tengahari.

“Syarikat terbabit gagal mengemukakan permit import yang sah kepada pegawai penguat kuasa, berikutan itu semua barang dagangan dirampas untuk siasatan lanjut.

“Ini merupakan kesalahan kedua pada tahun ini bagi syarikat itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mengimport sebarang jenis keluaran pertanian tanpa permit sah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – MalaysiaGazette