Akhbar Apple Daily. foto Bloomberg

HONG KONG – Akhbar pro-demokrasi Hong Kong, Apple Daily akan berhenti beroperasi selewat-lewatnya pada hari Sabtu ini, kata penerbitnya, Next Digital, selepas polis menahan seorang lagi pegawai syarikat akhbar itu.

Pengakhiran penerbitan tabloid yang berusia 26 tahun itu telah menimbulkan kebimbangan mengenai kebebasan media dan hak-hak lain di ibu kota yang diperintah oleh China.

Dalam kenyataan di laman webnya, Next Digital berkata, keputusan untuk menutup surat khabar, yang mempunyai kira-kira 600 wartawan diambil “kerana keadaan semasa yang berlaku di Hong Kong”.

Cable TV dan Now TV melaporkan edisi terakhir akhbar itu adalah pada hari Khamis.

Polis minggu lalu, polis membekukan aset syarikat yang ada kaitan dengan akhbar tersebut dan menahan lima eksekutifnya.

Pada hari ini, polis menahan seorang kolumnis kerana disyaki bersekongkol dengan negara asing atau pihak luar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast