Petugas kesihatan melakukan saringan kepada penduduk di Sydney. foto Reuters

SYDNEY – Sebahagian besar penduduk Sydney dilarang meninggalkan bandar itu ketika pihak berkuasa Australia sedang giat mengekang penularan varian Delta yang merebak ke bandar lain.

Lebih daripada 30 orang telah didiagnosis dengan Covid-19 sejak varian itu muncul di kawasan Pantai Bondi pada minggu lalu.

Perdana Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian mengumumkan sekatan baharu pada minggu depan, termasuk larangan untuk perjalanan yang tidak penting dari Sydney dan had perjumpaan sosial.

Sebilangan besar 5 juta penduduk Sydney dikenakan larangan perjalanan untuk tujuh wilayah kerajaan tempatan, yang mana kes varian Delta dikesan, katanya.

Pihak berkuasa memerintahkan penutupan restoran dan bar, sementara acara utama di stadium masih boleh berlangsung dengan kapasiti terhad hingga 50 peratus.

Pihak berkuasa merayu penduduk Sydney mematuhi arahan itu.

Australia antara negara yang berjaya mengekang penularan Covid-19 dengan hanya 31,000 kes dan 910 kes kematian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast