Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan 1Malaysia Development Malaysia (1MDB) melibatkan penyewelengan dana sebanyak RM2.3 bilion dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersambung 29 Jun ini.

Sebelum ini Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah telah menangguhkan perbicaraan berprofil tinggi itu memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

Sepatutnya kes itu bersambung dengan saksi ke-10 perbicaraan, Mohd Hazem Abd Rahman sambung keterangan ketika sesi soal balas dengan peguambela, Wan Aizuddin Wan Mohammed.

Saksi yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abdul Rahman hadir bagi perbicaraan kes 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2021.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib kepada Bernama, perbicaraan itu bersambung pada 21 Jun lepas namun terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan selepas tamatnya PKP.

“Sebelum ini mahkamah sebelum ini menetapkan 28, 29 dan 30 Jun untuk sambung bicara. Tetapi oleh kerana PKP 3.0 ia dilanjutkan hingga 28 Jun, maka perbicaraan akan bermula pada 29 Jun,” katanya hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berhadapan empat tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. -MalaysiaGazette