Kegemukan punca Britain melarang iklan makanan ringan di televisyen dan dalam talian mulai akhir tahun depan. Gambar hiasan

LONDON – Britain akan melarang iklan yang mempromosikan makanan tidak sihat daripada tampil di televisyen pada siang hari dan di Internet bagi mengatasi obesiti dan mendorong pemakanan yang sihat.

Peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan pada pada akhir tahun depan, dirancang untuk mengubah trend semasa berikutan satu daripada tiga kanak-kanak meninggalkan sekolah rendah dengan masalah obesiti atau gemuk.

Di bawah peraturan itu, iklan untuk makanan yang tinggi lemak, garam dan gula akan dilarang disiarkan di televisyen atau program yang mendapatkan rating tinggi sebelum jam 9 malam.

Pengiklan juga akan dilarang menggunakan slot berbayar secara dalam talian, yang membolehkan mereka tetap muncul di laman web pengeluar dan laman media sosial mereka.

Kerajaan Britain berkata, larangan itu akan berlaku untuk semua perniagaan dengan 250 atau lebih pekerja yang membuat atau menjual produk, membantu melindungi syarikat kecil yang hanya mampu membeli iklan dalam talian.

“Kandungan ikan boleh mempengaruhi pilihan golongan muda dan kebiasaan yang mereka buat. Malah, anak-anak menghabiskan lebih banyak masa dalam talian dan adalah sangat penting kita bertindak untuk melindungi mereka dari iklan yang tidak sihat,” kata Menteri Kesihatan Awam, Jo Churchill.

Analisis menunjukkan bahawa hampir separuh daripada semua iklan makanan televisyen yang ditayangkan dalam sebulan pada tahun 2019 adalah untuk makanan yang tidak sihat. – MalaysiaGazette