Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard Covid-19 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard Covid-19 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL).

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut.

“PDRM telah mengesan dakwaan berlaku ketidakpatuhan SOP Covid-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

“Dakwaan ini yang tersebar melalui platform media sosial turut mengundang beberapa tohmahan terhadap pihak pengurusan PULAPOL dan kami memandang serius dakwaan berkenan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zaini, siasatan telah dimulakan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat perlanggaran SOP atau salah laku seperti yang didakwa. – MalaysiaGazette