Bangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek-projek berskala kecil di bawah PBT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 berkuatkuasa serta-merta.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kontraktor-kontraktor berkenaan tidak perlu mendapatkan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS yang diselenggara oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sebaliknya surat kebenaran beroperasi akan dikeluarkan oleh PBT bagi mempercepatkan proses kerja.

Katanya, surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh PBT adalah tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan peraturan-peraturan PBT bagi mengekang penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette