Pieter Jan Eimers, 61, dan Jaber Hamid Husson, 28, yang sedang dicari SPRM Negeri Sembilan dalam membantu siasatan dua kes rasuah berasingan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mengesan dua individu iaitu seorang lelaki warga Belanda dan Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah berasingan.

Individu pertama, Pieter Jan Eimers, 61, seorang  warga Belanda memegang pasport bernombor BA0223039 dan mempunyai alamat terakhir di No 14, Preston Road, Singapore 117612.

Individu berkenaan dikesan kali terakhir ketika memasuki Malaysia pada 3 Mei 2007.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Zabir Sharif di talian 013-216 8343 / 06-762 5446 atau emel kepada [email protected]

Sementara itu, SPRM Negeri Sembilan turut memburu seorang lagi lelaki iaitu Jaber Hamid Husson, 28, yang merupakan warga Myanmar dan memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354-00287837.

Individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No.50, Lorong 7, Taman Jujur, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Shamin Aizat Azmi di talian 017-954 1048 / 06-762 5446 atau emel kepada [email protected] MalaysiaGazette