Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) melihat keadaan persekitaran ketika mengadakan lawatan ke kawasan pemulihan lombong Tasik Chini di Pekan, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 25 JUN 2021.

PEKAN – Sebanyak RM1 juta ringgit diperuntuk dari Kumpulan Wang Pemulihan Lombong Pahang untuk digunakan bagi pemulihan bekas lombong.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri komited dan serius memulihkan kawasan Tasik Chini di mana sebagai permulaan peruntukan itu digerakkan bermula Ogos ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri sejak tahun 2019 lagi telah merangka pelan pemulihan secara menyeluruh untuk keseluruhan kawasan lombong bukan sahaja daripada aspek biodiversiti malah juga aspek hidrologi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bercakap kepada media selepas mengadakan lawatan ke kawasan pemulihan lombong Tasik Chini di Pekan, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 25 JUN 2021.

“Sebenarnya kutipan sudah ada di mana RM1 juta ini dari Tabung Kumpulan Wang Pemulihan Lombong Pahang. Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga ingin menyumbang dari segeri bentuk barang dan tunai sebagai membantu kerajaan negeri bagi memulihkan Tasik Chini.

“Terima kasih kepada NGO dan pemimpin setempat kerana membantu kerajaan negeri sama-sama memulihkan keadaan Tasik Chini,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika sidang media selepas gimik Program Penghijauan Malaysia yang menyasarkan tanaman 100 juta pokok menjelang tahun 2025 sempena lawatan ke kawassan pemulihan lombong Tasik Chini, Pekan hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak (dua kiri) bergambar kenangan selepas menanam pokok sebagai gimik proses pemulihan kawasan lombong Tasik Chini di Pekan, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 25 JUN 2021.

Dalam pada itu pihaknya juga bercadang untuk menubuhkan majlis perbadanan melibatkan Tasik Chini, Bera dan beberapa kawasan lain yang masih dalam perbicangan lanjut, katanya.

“Saya tegaskan kita akan bagi keutamaan untuk memulihkan Tasik Chini ini seperti mana kita buat di Cameron Highlands di Sungai Ichat dan di Town Valley dan kita telah berjaya.

“Ia lebih mudah untuk dapat sokongan dan sumbangan secara bersepadu, jadi itu usaha kerajaan negeri,” jelas Wan Rosdy.

Pihaknya menghargai kerjasama anatara Jabatan Perhutanan, pimpinan kerajaan negeri, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pejabat Daerah Pekan dan media kerana memberi kerjasama dalam usaha memulihkan Tasik Chini. – MalaysiaGazette