Gambar Hiasan

BEIJING – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan 16 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah sekolah seni mempertahankan diri di tengah China.

Kebakaran telah dipadamkan dan polis menahan individu yang bertanggungjawab ke atas sekolah itu, lapor AP.

Empat orang mengalami cedera parah manakala 12 lagi cedera ringan, menurut kenyataan pihak berkuasa bandar Shanggiu di wilayah Henan.
Pihak berkuasa wilayah dan bandar itu akan menyiasat insiden tersebut.

The Beijing Youth Daily melaporkan semua pelajar yang tinggal di sekolah tersebut berumur antara 7 hingga 16 tahun.

Artikel itu disiarkan semula oleh portal berita di China namun ia telah dipadamkan menjelang tengahari, amalan biasa yang membabitkan pihak berkuasa China terhadap sensitiviti. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast