KUALA LUMPUR – Lorong paling kanan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), bagi kedua-dua arah Ampang dan Gombak, berdekatan susur masuk Jalan Beverly Height 1 akan ditutup selama enam bulan bermula hari ini hingga 25 Januari 2022.

Menurut satu kenyataan, penuutupan lorong tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dan kerja-kerja bekaitan dengannya.

Katanya, semasa penutupan lorong sepanjang 200 meter itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan kawalan lalu lintas daripada pengawal lalu lintas yang disediakan.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan lebih berhati-hati dan memathui arahan kawalan lalu lintas seperti papan tanda jalan yang disediakan di kawasan susur masuk dan keluar Jalan Beverly Height 1,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya berhati-hati di kawasan pembinaan. – MalaysiaGazette