MGNews: 10,000 Isi Rumah B40 Terus Disantuni Gerakan

Parti Gerakan terus membantu golongan B40 yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Menerusi Program Kasih Kenyang parti itu menyasarkan untuk menyalurkan bantuan kepada 10,000 isi rumah B40 dengan bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta serta individu.