Mayat mangsa ditemui di dalam kereta berkunci di halaman rumahnya di Bayan Baru di sini hari ini.

BAYAN BARU – Kegagalan seorang wanita menghubungi kakaknya terjawab apabila wanita warga emas itu ditemui mati di dalam kereta di halaman rumahnya di Solok Kampung Jawa, di sini, hari ini.

Mayat wanita berusia 76 tahun itu ditemui dalam kereta jenis Perodua Axia pada jam 11.25 pagi tadi.

Mayat mangsa ditemui di dalam kereta berkunci di halaman rumahnya di Bayan Baru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kehilangan wanita itu disedari oleh adiknya selepas dia gagal menghubungi kakaknya yang menetap seorang diri sejak tiga hari lalu.

Kamarul Rizal.

“Selepas menerima laporan kehilangan warga emas itu sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan sebelum menemuinya dalam kereta yang berkunci.

“Kita dapatkan bantuan daripada anggota Bomba dan Penyelamat Bayan Baru untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Pihak bomba bantu mengeluarkan mangsa dalam kereta yang berkunci itu.

“Bagaimanapun, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia,”katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Kamarul Rizal, tiada sebarang elemen jenayah ditemui di lokasi  dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast