Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah PPN Phase 1 relaxation dine in
Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Seorang doktor di Kementerian Kesihatan, Dr Sakinah Sulong memuat naik satu hantaran di laman Facebook seperti berikut: Ini Ketua Pengarah Perkhidmatan KKM, Tan Seri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau bukan Menteri MITI.
Harap maklum.
Dr Sakinah turut memuat naik gambar Dr Noor Hisham mengiringi hantaran tersebut.
Hantaran beliau itu dipercayai ekoran Facebook Kementerian Kesihatan yang dihujani ratusan komen ‘Tutup kilang, tutup kilang’ pada hantaran perkembangan terkini pandemik Covid-19.
Hantaran Dr Sakinah itu mendapat pelbagai reaksi kalangan pengguna Facebook yang rata-ratanya bersetuju bahawa komen ‘Tutup Kilang’ itu sepatutnya menghujani Facebook Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bukannya KKM.
Ada juga yang dengan nada sinis membuat ulasan mungkin ada rakyat Malaysia yang keliru yang mana satu antara KP Kesihatan dan juga Menteri MITI.
Tidak kurang juga yang berang apabila komen ‘Tutup Kilang’ itu memenuhi Facebook KKM sedangkan sunyi sepi di FB MITI.
”Masuk Facebook KKM dua spam kilang tutup…Tindakan membuta tuli sungguh,” komen seorang pengguna Facebook.
Komen ‘Tutup Kilang’ itu dipercayai mempunyai kaitan dengan jumlah kes baharu Covid-19 yang masih tidak turun walaupun kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 namun banyak kilang dan tempat kerja masih dibenarkan beroperasi.
Kebanyakan kes baharu adalah dari kluster tempat kerja dan hari ini sembilan daripada 14 kluster baharu adalah kluster tempat kerja termasuk tapak pembinaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast