Beh Eng Lai

KUALA LUMPUR – Penduduk flat perumahan awam di Sentul di sini semalam dikejutkan dengan satu kejadian membabitkan seorang wanita terjun dari tingkat 15.

Kejadian berlaku pukul 5.43 petang, kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai malam tadi.

Katanya, polis menerima aduan daripada orang awam memaklumkan ada orang jatuh dari bangunan di Blok 39, Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul.

“Mangsa seorang wanita tempatan dipercayai terjun dari tingkat 15 dan dijumpai di kawasan parkir motosikal di bawah bangunan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Polis telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Eng Lai, mangsa berusia 37 tahun adalah seorang penduduk di kawasan yang sama dan tinggal bersama keluarga.

Maklumat daripada ahli keluarganya, mangsa tidak bekerja sedang menjalani rawatan di Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam insiden ini. Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes ini telah diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” ujarnya.

Polis Kuala Lumpur menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini bolehlah menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206 atau pegawai penyiasat Sarjan Samsor di talian 03-40482226. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast