Petugas Kesihatan membawa mayat pesakit Covid-19 untuk urusan pembakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bliss Gardens, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 19 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 57 lagi kematian direkodkan akibat Covid-19 pada hari ini berbanding 60 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu meningkat kepada 5,001 kes.

Menurut beliau, sebanyak 899 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 451 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu. Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 5,218 kes positif baharu Covid-19 berbanding 4,744 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Daripada 5,218 kes posiitf itu, tujuh adalah penularan import

Katanya, berikutan itu kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 61,812 kes. – MalaysiaGazette