PDRM logo police lockup death Benedict Thanilas
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuhraya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong dekat sini hari ini.

Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan dalam kenyataannya memaklumkan, maklumat awal didapati daripada ahli keluarga mangsa, lelaki itu disyaki telah dijangkiti Covid-19.

Tambah Mohd Zaid, sebelum kejadian tersebut, lelaki Cina berusia 56 tahun itu tidak dapat menahan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas.

Dalam pada itu,menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Gerak Operasi Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian pukul 9.54 pagi dan melakukan kerja-kerja menurunkan mayat.

Seterusnya mayat tersebut dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat. -MalaysiaGazette