Foto Instagram Nourul.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Nourul Wahab secara terbuka memberitahu dia mahu menjual cincin perkahwinan pertamanya.

Menurut Nourul, cincin nikah bersama bekas suaminya iaitu penyanyi dan komposer, Ajai, itu dibiar tersimpan sejak 2007 lagi.

“Cincin legend ni kami tak perasan dok terperuk lama dalam almari. Dah banyak kali pindah dengan kami. Kami tak pakai lagi dah semenjak 2007.
Foto Instagram Nourul Depp.

Menerusi satu entri, Nourul tampil menjelaskan sebelum menjual cincin berkenaan dia terlebih dahulu sudah bertanyakan kepada anak perempuannya, Ayu.

Nourul mendirikan rumah tangga dengan Ajai pada Disember 1996 dan berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah kini berusia 23 tahun.

Nourul kemudian berkahwin dengan suaminya kini, Eric Daniel Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. – MalaysiaGazette