KUALA LUMPUR – Selaras dengan pengumuman kerajaan mengenai pelanjutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan perkhidmatan yang akan ditawarkan dalam tempoh yang sama.
i) Permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga 30 Jun 2021:
ii) Kaunter Duti Setem hanya akan beroperasi di Pusat Setem Cawangan (PSC).
Kaunter Pusat Bayaran di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan Pusat Bayaran Kuching akan beroperasi seperti berikut.
Perkhidmatan Telefon dan HASiL Live Chat akan beroperasi seperti berikut:
Selain itu, Soalan Lazim Berkaitan Urusan Percukaian Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikemas kini pada 26 Jun 2021 telah dimuat naik ke Portal Rasmi LHDNM untuk rujukan dan kemudahan para pelanggan.
Pautan FAQ tersebut adalah seperti berikut:
Versi Bahasa Melayu:
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_1.pdf
Versi Bahasa Inggeris:
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_2.pdf
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM
melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette