Sebanyak 111 kes bunuh diri dilaporkan di Pulau Pinang dalam tempoh 17 bulan bermula Januari 2020 hingga Mei lalu.- Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 111 kes bunuh diri dilaporkan di Pulau Pinang dalam tempoh 17 bulan bermula Januari 2020 hingga Mei lalu.

Ini bermakna, sepanjang tempoh itu, purata tujuh individu membunuh setiap hari.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, jumlah kes berkenaan dilaporkan berlaku atas pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan isu kesihatan mental.

Sahabudin.

Bagi tempoh yang sama pihaknya turut menerima laporan sebanyak 43 kes cubaan bunuh diri dalam tempoh yang sama.

“Mengikut pecahan statistik sebanyak 58 kes bunuh diri dilaporkan pada tahun 2020 dan diikuti dengan 53 kes bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

“Selain itu, terbaru dalam bulan Jun satu kes menyedihkan berlaku apabila seorang lelaki bertindak bunuh diri kerana gagal dalam perniagaan yang diceburinya.

“Bagi kes cubaan bunuh diri pula, sepanjang tahun 2020 sebanyak 24 kes dilaporkan manakala bagi tahun ini pula, 19 kes direkodkan iaitu bermula Januari hingga Mei lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabt Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam hari ini.

BACA: Rugi dalam perniagaan, lelaki terjun dari tingkat 10

Mengulas lanjut, Sahabudin berkata, isu berkaitan bunuh diri dan cubaan bunuh diri sudah dibawa untuk perhatian jabatan berkenaan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) serta wakil rakyat di negeri itu.

”Saya bawa perkara ini dalam Mesyuarat Jawatankuas Khas Keselamatan Negeri kerana saya ingin kongsi dengan semua ahli mesyuarat disamping kita melihat isu Covid-19, isu kesihatan mental juga penting.

“Kejadian sebegini memerlukan perhatian serius dan ditangani sebaik mungkin semua pihak agar kes membabitkan bunuh diri dapat dikurangkan,” ujarnya.

Pada Selalu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 telah memberi kesan kepada masalah mental sehingga membawa kepada peningkatan kes bunuh diri akibat masalah kewangan.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan perlu memberi pertimbangan sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan PKP pada ketika ini tidak menyebabkan ada rakyat khususnya golongan miskin, terkesan serta menderita.

“Waktu PKP 1.0 banyak kes melibatkan masalah mental, kes bunuh diri juga banyak berlaku cuma kita tidak hebohkan. Inilah yang kita mahu jaga supaya rakyat tak menderita walaupun kita mahu selamatkan nyawa,” kata beliau. – MalaysiaGazette