Takehiro Tomiyasu.

LONDON – Tottenham Hotspur telah berbincang dengan kelab Serie A, Bologna bagi mendapatkan khidmat pemain pertahanan skuad kebangsaan Jepun, Takehiro Tomiyasu.

Sky Sports melaporkan, Pengarah Bola Sepak baharu Spurs iaitu Fabio Paratici telah menghubungi Bologna bagi mengemukakan minat untuk menandatangani Tomiyasu.
Bologna dilaporkan meminta yuran perpindahan sebanyak £17 juta atau RM98 juta kepada mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmat Tomiyasu yang boleh beraksi sebagai pertahanan tengah dan juga kanan.
Spurs ketika ini mahu mencari pemain pertahanan kanan baharu setelah pemain sedia ada seperti Serge Aurier mahu berhijrah ke kelab lain pada musim hadapan.

Selain Tomiyasu, kelab The Lilywhites itu juga berminat untuk menandatangani Joachim Andersen yang beraksi secara pinjaman bersama Fulham musim lalu serta pemain pemain Denmark, Jannick Vestergaard.

Tomiyasu yang berusia 22 tahun itu boleh beraksi di dua posisi berbeza di bahagian pertahanan namun beliau dilihat lebih berbahaya apabila beraksi di bahagian kanan.

Bekas pemain Avispa Fukuoka itu menjaringkan gol ketika menentang Atalanta dan Udinese ketika beraksi sebagai pertahanan kanan musim lalu. – MalaysiaGazette