Negara menyaksikan lonjakan kes jangkitan Covid-19 hari ini sebanyak 1,219 kepada 6,437 kes berbanding 5,218 semalam.

KUALA LUMPUR – Negara menyaksikan lonjakan kes jangkitan Covid-19 hari ini sebanyak 1,219 kepada 6,437 kes berbanding 5,218 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak Covid-19 dikesan di negara ini bertambah kepada 739,266.

Peningkatan ketara itu dipacu oleh kenaikan kes di Kuala Lumpur sebanyak 1,361, bertambah 892 kes berbanding semalam.

Selangor kekal dengan jumlah kes terbanyak selepas menambah 310 kes lagi hari ini kepada 2,299 kes.

Majoriti negeri juga menunjukkan trend kenaikan kes jangkitan Covid-19 berbanding semalam, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antaranya Kedah (284), Pulau Pinang (115), Melaka (252), Johor (271), Kelantan (131), Labuan (117), Negeri Sembilan (700), Pahang (250) dan Putrajaya (32).

Kes menurun direkodkan di Sabah (178), Sarawak (242) dan Terengganu (21).

Perlis yang mencatatkan satu kes semalam, sifar pada hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast