IGP Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani EMCO vaccination
Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia telah melanjutkan secara automatik kelulusan pergerakan secara one off kepada pekerja sendiri sehingga 7 Julai ini.

Sebelum ini kelulusan itu telah diberikan kepada pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan utnuk membolehkan mereka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) Penuh yang tamat pada 28 Jun lalu.

Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kelulusan secara automatik itu diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuatkuasa serta merta.

“Namun, bagi pergerakan selepas 7 Julai 2021 di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlulah mengemukakan permohonan pergerakan baharu kepada polis untuk kelulusan.

“Bagi permohonan baharu itu, kelulusan pergerakan akan diberikan untuk tempoh selama 14 hari dan perlu dimohon semula apabila tamat tempoh kebenaran pergerakan itu nanti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Acryl Sani menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika berurusan di balai polis polis ketika mengemukakan permohonan.

“PDRM juga menyeru orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan keluk penularan wabak Covid-19,” kata beliau. – MalaysiaGazette