Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Susulan daripada pelanjutan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai untuk beberapa kategori pembayar cukai turut akan dilanjutkan.

Inisiatif itu diambil sebagai kelonggaran kepada pembayar cukai dan memberikan lebih masa kepada mereka dalam menyediakan dokumen dan maklumat percukaian yang perlu diisytiharkan kepada LHDNM, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara kategori pembayar cukai yang terlibat dan tempoh tambahan masa yang diberikan adalah seperti berikut:

Panduan yang lebih terperinci berkenaan dengan pengemukaan Borang Nyata Cukai tersebut berserta urusan percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 boleh dirujuk di portal rasmi LHDNM.

i. Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021:
www.hasil.gov.my > Borang > Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021 atau pautan pantas ProgramMemfailBN_2021_Pin.3_1.pdf (hasil.gov.my).

ii. Soalan Lazim Berkaitan Urusan Percukaian Dalam Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan 3.0 (Frequently Asked Questions – FAQ):
Versi Bahasa Melayu: http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_1.pdf
Versi Bahasa Inggeris:
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_2.pdf.- MalaysiaGazette