Tarikh lihat anak bulan Ramadan di Malaysia ditetapkan 22 Mac ini- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Zulhijah telah ditetapkan pada petang Sabtu, 10 Julai 2021, kata Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Sebanyak 28 kawasan telah ditentukan bagi melihat anak bulan. Kawasan-kawasan itu adalah seperti berikut:

1. Pontian Kecil, Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan
8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
9. Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah darul Aman
10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman
11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman
12. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
17. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak
20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
21. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
22. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
23. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
24. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
25. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
26. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
27. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
28. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

Menurutnya, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga bagi tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah (Hari Raya Qurban) yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen Malaysia. – MalaysiaGazette