Ho Van Lang,49, keluar muncul di kampung selepas hidup ,memburu dalam hutan tebal selama 41 tahun seperti manusia purba sejak Perang Vietnam.

HANOI – Seorang lelaki, Ho Van Lang Thanh, menjalani kehidupan seperti tarzan selama 41 tahun dengan memburu bersama bapa dan adiknya di dalam hutan hujan tropika yang tebal.

Bapanya, Ho Van Thanh telah membawa anaknya, Van Lang yang kini berumur 48 tahun melarikan diri daripada kehidupan moden selepas bom yang digugurkan Amerika Syarikat membunuh isteri dan dua lagi anaknya semasa perang Vietnam pada 1972.

Sepanjang menjalani kehidupan seperti manusia purba dengan tubuh ditutupi daun, mereka terserempak dengan lima individu dalam tempoh empat dekad.

Tiga beranak itu akan berlari masuk ke dalam hutan jika terserempak dengan manusia kerana menganggap Perang Vietnam masih berlarutan dan nyawa akan terancam.

Lapan tahun lalu, mereka diselamatkan daripada kehidupan terpencil dan di bawa ke sebuah kampung.

Peralatan yang dicipta oleh Lang untuk hidup memburu dalam hutan sepanjang 41 tahun sebelum diselamatkan dan dibawa keluar e bandar.

Alvro Cerezo yang mengesan dan menjejaki keluarga itu pada tahun 2015 menjelaskan, mereka akan masuk semula ke dalam hutan jika melihat orang kampung.

“Saya boleh sahkan Lang tidak pernah menjalani kehidupan masyarakat moden sepanjang berada di dalam hutan tebal kerana habitat dia seperti orang zaman purba yang hanya mahir dalam memburu binatang dan makan daging,” katanya.

Lang dikatakan sudah mahir dalam memburu mangsa dengan cara zaman purba.

Makanan mereka termasuk buah, madu, daging monyet, ular, cicak dan katak selain kepala tikus menjadi menu kegemarannya ketika hidup memburu dalam hutan.

Adiknya bernama Tri menyifatkan kehidupan Lang seperti kehidupan seorang bayi kerana tidak memahami banyak perkara asas kehidupan sosial kerana menghabiskan seluruh hidupnya di dalam hutan tebal.

“Malah dia juga membawa bersama senjata dan barang yang dihasilkan di dalam hutan untuk kelangsungan hidup sebagai manusia hutan atau Tarzan lebih 41 tahun ini,” kata Tri.

Lang juga mahir dalam menyerang dan mencederakan orang jika disuruh tanpa dapat membezakan antara baik dan buruk hasil perbuatannya itu.

Sepanjang tahun pertama selepas keluar dari hutan, Lang berdepan kesukaran hidup kerana sistem imunisasi tubuhnya tidak dapat menyesuaikan diri dengan bakteria baharu.

“Lang sekarang gembira dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya dan dia gembira melihat haiwan dan binatang mesra dengan masyarakat berbanding kehidupan silam dia di dalam hutan.

Bagaimanapun bapanya mengalami trauma selepas meninggalkan kehidupan di hutan dan tidak dapat percaya Perang Vietnam sudah lama berakhir dan teringin untuk kembali semula ke kehidupan sebelum ini. – MalaysiaGazette