Reaksi penduduk ketika membuat saringan Covid-19 pada Program Saringan Komuniti Bersasar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perumahan Awam Sri Sabah 3A, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 05 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kes positif jangkitan Covid-19 mencecah 6,000 dua hari berturut-turut dengan 6,276 kes baharu dilaporkan hari ini.

Namun angka itu susut sedikit berbanding 6,437 kes semalam.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif yang terkini sebanyak 751,979 kes.

Menurutnya, Selangor masih negeri tertinggi mencatatkan penularan wabak berkenaan iaitu 2,836.

Diikuti Negeri Sembilan 644 kes manakala Kuala Lumpur pula 625 kes.

“Johor (299), Sabah (242), Sarawak (376) dan Kelantan (159).

“Pulau Pinang (131),Perak (137), Kedah (226), Melaka (223), Pahang (210), Terengganu 20, Labuan 132 kes Putrajaya 11 dan Perlis lima kes baharu,” katanya.

Sementara itu, 6,276 kes positif baharu hari ini yang mana 16 daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan kes ini menjadikan jumlah kumulatif 751,979 kes.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 4,929 pula adalah kes sembuh hari ini.

Dalam pada itu 62 kes kematian direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes yang dirawat di Unit rawatan Rapi (ICU) masih tinggi iaitu 905 kes, yang mana 452 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.-MalaysiaGazette