Hasrat sepasang suami isteri dari Perak yang ingin merentas negeri ke Johor membawa padah semalam apabila pasangan itu dikompaun RM2,000 setiap seorang  kerana didapati belum lengkap vaksinasi Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPU – Sindiket penyeludupan dadah kini menggunakan pelbagai taktik untuk merentas negeri walaupun sekatan jalan diadakan di pelbagai tempat.

Sinchew Daily melaporkan, polis telah membongkarkan satu kes penyeludupan dadah dengan 447 kilogram syabu dan ketamin dirampas dalam sebuah kereta Alphard yang sedang ditunda dari Kelantan ke Perak.

Pemilik kereta tunda yang merupakan bapa dan anak berumur 58 dan 27 tahun yang berasal dari Ketereh, Kelantan juga ditahan.

Kedua-dua suspek bagaimanapun memberitahu bahawa seorang pelanggan membayar RM1,200 untuk menunda kereta Alphard dari Pasir Mas di Kelantan ke Kuala Kangsar di Perak.

Mereka mendakwa tidak mengenali pelanggan tersebut, tetapi polis berjaya menemui wang tunai RM19,672 apabila menyerbu kediaman mereka di Kelantan.

Polis Gerik yang menerima maklumat dilaporkan menahan kereta tunda itu dan mendapati kereta Alphard yang diangkut menggunakan plat nombor palsu, walaupun pemilik kereta tunda menunjukkan surat kebenaran rentas negeri.

Disebabkan tidak boleh membuka pintu kereta, tukang kunci telah dipanggil dan polis akhirnya mendapati terdapat 404 bungkus syabu dan 43 bungkus ketamin dalam satu bagasi.

Dadah dalam bungkusan satu kilogram setiap satu itu dianggarkan bernilai RM23.70 juta. – MalaysiaGazette