worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 84 kes kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari yang melibatkan 77 warga tempatan dan bakinya bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 46 kes di Selangor, masing-masing enam kes di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurutnya, lima kes kematian  dicatatkan di Sabah, masing-masing empat kes di Sarawak dan Melaka.

“Tiga kes dilaporkan Labuan, dua di Pahang, serta masing-masing satu kes di Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 6,988 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini berbanding berbanding 6,276 kes semalam manakala 5,580 adalah kes sembuh.

Jumlah kes kumulatif wabak itu kini mencecah 758,967 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyk 2,885 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692) dan Sarawak sebanyak 544 kes.

Dr Noor Hisham menambah, sebanyak 917 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakal 445 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 21 kluster baharu telah dikesan manakala  887 kluster masih aktif,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19: Kes harian baharu hampir cecah 7,000