Jadon Sancho.

LONDON – Pemain baharu Manchester United, Jadon Sancho dilaporkan akan menerima £350,000 seminggu di Old Traford.

Ini akan menjadikan pemain sayap itu penerima pendapatan kedua tertinggi di United di belakang David De Gea.

De Gea ketika ini meraih £375,000 seminggu, sekali gus menjadikannya penjaga gol dengan gaji tertinggi di dunia.

Selain De Gea, Man United membayar Paul Pogba £290,000 seminggu.

Mino Raiola menjangkakan Pogba akan mendapat gaji setaraf dengan De Gea apabila pemain antarabangsa Perancis itu melanjutkan kontraknya selepas ini.

Di bawah Pogba ialah Anthony Martial dan Edinson Cavani yang sama sama menerima £250,000 seminggu.

Cavani merupakan pemain yang ditandatangani secara ejen bebas danm dia melanjutkan kontraknya semusim lagi di Old Trafford.

Kapten Man United, Harry Maguire mendapat gaji £200,000 seminggu manakala Bruno Fernandes yang merupakan pemain terbaik sejak menyertai pasukan tersebut menerima £190,000 seminggu,

Bintang yang digilap dari akademi, Marcus Rashford pula menerima kontrak £190,000 seminggu ketika dia dan Martial sama sama melanjutkan kontrak mereka di Old Trafford.

Luke Shaw dan Fred pula melengkapkan senarai 10 penerima gaji tertinggi di United dengan masing masing menerima £150,000 seminggu dan £120,000 seminggu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast