THE HAGUE, Belanda – Sebuah pesawat pejuang milik tentera Belgium merempuh sebuah bangunan di pengkalan udara di Belanda menyebabkan dua orang cedera.

Insiden berlaku pada permulaan misi di Pengkalan Udara Leeuwarden di mana sebuah pesawat F-16 yang sedang bersedia untuk berlepas hilang kawalan yang memaksa juruterbangnya keluar daripada pesawat.

Punca kejadian masih tidak diketahui.

Pesawat F-16 merupakan salah sebuah pesawat yang digunakan secara meluas di seluruh dunia dan kelajuannya boleh mencecah Mach 2.

Pesawat tersebut menyertai latihan antarabangsa di Pengkalan Udara Leeuwarden.

Pesawat F-16 itu dijadual terbang kira-kira 193 kilometer ke selatan ke Pengkalan Udara Volkel.

Menurut Tentera Udara Diraja Belanda, tiada kebakaran atau letupan berlaku pada insiden tersebut.

Juruterbangnya berjaya keluar daripada pesawat dan dibawa ke hospital Leeuwarden dengan seorang individu yang berada dalam bangunan tersebut.

Kes tersebut akan disiasat Surunahjaya Keselamatan Belanda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast