IGP Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani EMCO vaccination
Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya membenarkan pergerakan tiga orang termasuk pemandu untuk tujuan perubatan, vaksinasi dan kecemasan bagi penduduk di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan kerajaan di beberapa lokasi seluruh negara.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penduduk di lokaliti-lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang, kad janji temu atau mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada petugas Sekatan Jalan Raya di lapangan.

“Bagi kes-kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara case to case basis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan lengkuk penularan wabak covid-19.-MalaysiaGazette