Petugas kesihatan melakukan persediaan sebelum memberi suntikan vaksin kepada gelandangan sempena program Vaksinasi Covid-19 Gelandangan@WPKL di Anjung Kelana, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 17 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 8,800,700 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berkata, sebanyak 2,539,686 individu telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 217,807 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 141,140 dos pertama dan 76,667 dos kedua,” katanya.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 342,677 orang diikuti Sarawak (278,528); Johor (266,779); Kuala Lumpur (232,170) dan Sabah (225,690). – MalaysiaGazette