KAHERAH – Presiden Mesir merasmikan pengkalan tentera laut baharu di Laut Mediterranean, contoh terbaharu kerajaan negara itu mengukuhkan tenteranya.

Pengkalan itu bertujuan ‘mengukuhkan sempadan di utara dan barat selain laluan perkapalan’, menurut kenyataan pejabat Abdel Fattah el-Sissi, lapor AP.

Pelancaran yang disiarkan rangkaian televisyen itu dihadiri Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan dan Ketua Majlis Presiden parti pemerintah Libya, Mohammed al-Menfi.

Pengkalan tersebut terletak di kawasan Gargoub, kira-kira 255 kilometer barat Iskandariah.

Sejak kebelakangan ini Mesir meningkatkan keupayaan tenteranya dengan pembelian senjata-senjata canggih dan membuka pengkalan baharu.

Pada 2017, Mesir membuka sebuah pengkalan tentera di wilayah barat laut negara itu, Marsa Matrouh.

Ia berkata, pengkalan yang dinamakan sempena nama bekas Presiden Mohammed Naguib merupakan yang terbesar di Timur Tengah. – MalaysiaGazette