Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak sejuta dos vaksin Pfizer yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat dijangka tiba di negara ini esok, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

”Terima kasih kepada rakan sejawat saya, TYT Antony Blinken dan Kerajaan Amerika Syarikat atas sumbangan vaksin ini serta pelbagai lagi bentuk bantuan kepada Malaysia sejak pandemik #COVID19 melanda tahun lalu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Hishammuddin berkata, beliau dan Blinken akan terus berkongsi komitmen demi memastikan hubungan erat Malaysia danAmerika Syarikat terus diperkukuh demi manfaat bersama khususnya di era pasca pandemik.

Baru-baru ini, Malaysia menerima sejuta vaksin AstraZeneca daripada Kerajaan Jepun.

Sumbangan vaksin yang diterima Malaysia dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan membantu negara mencapai nilai ambang seperti dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). – MalaysiaGazette