Home Nasional Aksi wanita asing duduk di luar tingkap cetus kemarahan netizen

Aksi wanita asing duduk di luar tingkap cetus kemarahan netizen

JOHOR BAHRU – Aksi empat wanita warga asing yang duduk di luar tingkap di sebuah pangsapuri di bandar ini menarik perhatian netizen.

Video kelakuan tidak senonoh wanita asing yang dipercayai warga Filipina itu tular di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi 29 saat itu dirakam di kawasan parkir kenderaan dan kejadian dipercayai berlaku di tingkat enam bangunan i perumahan di Jalan Seri Stulang Taman Bayu Puteri dekat Masai di sini.

Rata-rata netizen kurang senang dengan aksi wanita-wanita berkenaan kerana tindakan mereka itu bukan biasa dilakukan oleh penduduk tempatan.

Lagipun, tindakan mereka keluar dari tingkap dan duduk di tepi bangunan itu boleh mencetuskan perkara-perkara yang tidak diingini.

“Kalau ada apa-apa berlaku nanti menyusahkan frontliners,” komen seorang warga maya.

Manakala seorang lagi warganet berkata: “Boleh tak jangan menyusahkan frontliners kami”.

Kejadian itu telah dirujuk kepada Ketua Polis Daerah Johor Selatan, ACP, Mohd Padzil Mohd Zain.

Beliau berkata, polis akan mengeluarkan satu kenyataan selepas siasatan dijalankan. Malaysiagazette