Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,387 kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini berbanding 6,045 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kini meningkat 785,039 kes.

Menurutnya, Selangor masih lagi mencatatkan jangkitan tertinggi dengan hari ini sebanyak 2,610 kes dicatatkan.

Ia disusuli Kuala Lumpur (819 kes), Negeri Sembilan (523), Sarawak (424), Johor (324), Pahang (312) dan Kedah 273.

Perak mencatatkan 249 kes, Melaka (206), Pulau Pinang (157), Labuan (71), Terengganu (17), Putrajaya (25) manakala Perlis tidak merekodkan sebarang kes. – MalaysiaGazette