Pasukan penyelamat sedang melakukan pencarian di Izusan susulan banjir kilat di Atami Sabtu lalu. foto Agensi

TOKYO – Pasukan Jepun meneruskan pencarian mangsa-mangsa yang terperangkap dalam runtuhan kediaman dan jalan raya selepas dua hari tanah runtuh melanda bandar peranginan di Atami.

Dipercayai lebih 100 orang dilaporkan masih hilang.

Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam kejadian yang berlaku selepas hujan lebat pada hujung minggu lalu menyebabkan tanah runtuh berlaku dan banjir lumpur dan batu di bandar tersebut.

Di beberapa tempat, hujan turun lebih banyak.

Hujan lebat dan tanah runtuh adalah peringatan akan bencana alam – termasuk gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami – yang menghantui Jepun.

Jepun kini sedang bersiap sedia untuk menganjurkan Sukan Olimpik.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga berkata, pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis, bomba dan tentera akan mengeluarkan sebanyak mungkin mangsa yang terperangkap secepat mungkin.

Kira-kira 130 bangunan terjejas dalam bencana alam yang berlaku pada pagi Sabtu itu.

Media tempatan melaporkan, banjir lumpur mengalir di sepanjang sungai sejauh 2 kilometer ke laut. – MalaysiaGazette