the Duchess of Cambridge Kate Middleton kuarantin kendiri selepas disahkan kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

LONDON – Kate Middleton sedang menjalani proses kuarantin kendiri di kediamannya selepas dikesan sebagai kontak rapat individu yang disahkan positif Covid-19.

Istana Kensington dalam kenyataan rasmi mengesahkan berita itu.

Kenyataan itu menyebut Dutchess of Cambridge itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang simptom dan tidak ada pengesahan rasmi sama ada beliau sudah menjalani ujian saringan Covid-19.

Kate dan suaminya Williams sepatutnya dijadualkan menghadiri ke satu majlis pada Isnin sempena ulang tahun ke-73 Khidmat Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom.

Kini berikutan perkembangan terbaharu itu, the Duchess kini kuarantin diri selama 10 hari di kediamannya.

Kate juga dijadualkan akan menyertai ratusan kakitangan barisan hadapan dan pesakit Covid-19 untuk upacara sembahyang di Gereja St Paul Cathedra; di London pagi ini.

Justeru beliau juga dikatakan merancang untuk mengadakan jamuan teh untuk kakitangan NHS di Istana Buckingham kerana beliau adalah Patron bersama tabung amal NHS.

Bagaimanapun William akan meneruskan program lawatan yang ditetapkan tanpa sebarang perubahan.

Jurucakap Istana Buckingham berkata minggu lalu the Duchess of Cambridge menjadi kontak rapat dengan seorang individu lain yang diuji positif Covid-19.

“Beliau tidak mengalami sebarang simptom tetapi mematuhi segala protokol dan garis panduan kesihatan yang dinasihatkan serta mengkuarantin diri di dalam rumah ketika ini,” katanya.

Kali terakhir Kate dilihat di khalayak umum adalah semasa jelajah Wimbledon pada Jumaat minggu lalu yang mana beliau membantu memasak di dapur untuk Kelab Tenis All England.

Beliau kemudian duduk berborak dengan bekas jaguh tenis Tim Henman dan Ketua Eksekutif Wimbledin Sally Bolton untuk menonton aksi Jamie Murray dalam perlawanan bergu.-MalaysiaGazette