Lim Eng Seong

 

KUALA LUMPUR – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) melantik Lim Eng Seong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi perniagaan insurans hayat Prudential di Malaysia mulai 1 Julai lalu.

Eng Seong dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PAMB yang baharu, menggantikan Gan Leong Hin yang telah memegang jawatan tersebut selama enam tahun yang lalu.

Sebelum menyertai PAMB, beliau merupakan mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia dan Pengarah Eksekutif HSBC Amanah Takaful.

Eng Seong yang mempunyai gabungan pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam industri perbankan dan FMCG, bertanggungjawab untuk memacu perniagaan Prudential di Malaysia dan mempercepatkan transformasi digital untuk menyampaikan penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan kepada lebih ramai orang di negara ini. – MalaysiaGazette