Bettel diuji positif Covid-19 selepas mengalami simptom demam panas dan sakit kepala.

LONDON – Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan susulan selepas dikesan positif Covid-19.

Beliau dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga dan diberi rawatan susulan semalam, lapor media tempatan.

Bettel difahamkan akan diletakkan di bawah pemerhatian untuk 24 jam sementara ujian dan analisis perubatan tambahan akan dilaksanakan pada hari ini.

Bettel telah diberikan dos pertama vaksin AstraZeneca pada 6 Mei lalu dan dijadualkan menerima dos kedua pada Khamis ini.

Dia diuji positif Covid-19 pada 27 Jun lalu selepas dikesan simptom awal sakit kepala dan demam. – MalaysiaGazette