Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin. Foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2021.

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Sebanyak 2,618,316 orang atau 8.0 peratus daripada populasi telah menerima suntikan dos kedua vaksin, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menyasarkan, 10 peratus daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan Julai ini, di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi hantaran di Twitter Dr Adham memaklumkan, jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin setakat semalam adalah sebanyak 9,006,715 dos, dengan 2,618,316 adalah dos kedua.

“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 206,015 dos diberikan semalam, melibatkan pemberian 127,385 dos pertama dan 78,630 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitternya hari ini.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor (348,853), Sarawak (299,593), Kuala Lumpur (244,7090), Sabah (233,409) dan Kedah (193,575). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast