ALGIERS – Hampir 150 orang individu dimasukkan ke hospital selepas berenang di pantai dekat, Tenes, di barat laut negara ini.
Susulan kejadian itu, tiga pantai dan kilang telah ditutup dan siasatan telah dijalankan.
Pegawai pihak berkuasa tempatan, Lakhdar Seddas memberitahu TV Echourouk, kira-kira 149 orang mengalami loya, demam dan kemerahan mata.
Kesemua mereka sudah dikejarkan ke hospital.
Bagaimanapun, seramai 50 individu dibenar keluar hospital.
Seddas berkata, air laut itu dipercayai tercemar hingga menyebabkan mereka yang berenang mengalami sakit.
Sebuah kapal yang membawa ternakan yang baru-baru ini tiba di pelabuhan Tenes dipercayai ada kaitan dengan pencemaran itu.
Laman web Ennahar Online menamakan kapal itu kerana Barhom II yang menggunakan bendera Tanzania telah tiba dari pelabuhan Sete yang terletak di selatan Perancis.
Seramai 28 orang penyelam dan tujuh kakitangan perlindungan awam yang dihantar untuk diteliti keadaan air laut itu juga dilaporkan tidak sihat.
Sampal udara dan air dari pelabuhan Tenes telah diambil untuk ujian selanjutnya. – MalaysiaGazette