KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,654 kes positif baharu Covid-19 berbanding 6,387 kes semalam, peningkatan 1,267 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di negara ini meningkat kepada 792,693 kes.
Kali terakhir kes positif harian melepas 7,000 kes adalah pada 5 Jun 2021.
Katanya, Selangor turut melepasi paras melebihi 3,000 dengan kes positif baharu hari ini sebanyak 3,260 kes.
Ia disusuli Kuala Lumpur (1,550), Negeri Sembilan (698), Kedah (337), Johor (313), Sarawak (286), Melaka (230), Sabah (225) dan Pulau Pinang (185), Kelantan (118).
Manakala Perak, Terengganu, Labuan, Putrajaya dan Perlis masing-masing mencatatkan bilangan 61, 82, 33 dan 2 kes. – MalaysiaGazette