KUALA LUMPUR – MIDF Amanah Investment Bank Berhad hari ini melancarkan platform pelaburan dalam taliannya, MIDF Invest, untuk memberi rakyat Malaysia akses secara langsung selamat kepada saham-saham dan Dana Dagangan Bursa (ETF) yang tersenarai di Bursa Saham New York (NYSE) dan Nasdaq pada harga yang sangat kompetitif.
MIDF Invest adalah aplikasi yang mudah digunakan – menyediakan tutorial dan penyelidikan untuk pemula dan perkakasan dagangan untuk pengguna dan mempermudah pemindahan dana ke dan dari akaun bank pelabur di Malaysia pelabur.
Pengguna boleh membuka akaun Islam Pengguna boleh membuka akaun Islam dan melabur dalam sekumpulan saham patuh Syariah (seperti Apple, Alphabet, Facebook dan Tesla) dan ETF yang disenaraikan di NYSE dan Nasdaq.
Dari 6 hingga 31 Julai 2021, MIDF Invest akan menawarkan pembrokeran percuma untuk semua dagangan bawah AS$1,000.
Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Charon Wardini Mokhzani berkata, dalam beberapa tahun kebelakangan ini pelabur Malaysia, baik pengurus dana mahupun individu, semakin canggih dan berpengetahuan.
“Kami telah melihat minat yang semakin meningkat untuk melabur di pasaran lain, terutama dalam pasaran Amerika Syarikat (AS), ini didorong oleh keperluan untuk mempelbagaikan portfolio dan juga tarikan pulangan pasaran AS yang tinggi, sebahagiannya didorong oleh prestasi syarikat teknologi.
”Kami telah mewujudkan aplikasi ini kerana kami percaya kemudahan pelaburan di luar negara harus disediakan dan mampu untuk semua orang,” katanya.
Produk ini adalah hasil kerjasama Saxo Markets Asia Pacific (Saxo Markets).
Saxo Markets adalah anak syarikat berlesen dari Saxo Bank, penyedia perkhidmatan dan teknologi pelaburan yang dikawal selia dan terkemuka di industri. – MalaysiaGazette