Anuar Ahmad

KUALA LUMPUR – Semakin ramai ibu bapa mengeluh kerana peralatan pembelajaran anak-anak sudah habis digunakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) namun sukar mendapatkan bekalan buku atau alat tulis.

Ini kerana buku dan alat tulis tidak dimasukkan sebagai barangan keperluan pendidikan.

Malah, kedai buku juga tidak beroperasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh 1 Jun lalu.

Pensyarah Fakulti Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahtraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad mempersoalkan bagaimana anak-anak dapat meneruskan PdPR tanpa buku kerja, buku tulis dan alat tulis.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan sepatutnya mengambil usaha untuk berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar kedai alat tulis dimasukkan sebagai barangan keperluan pendidikan’ dan dibenarkan untuk dijual

”Agak pelik ada kedai peralatan rumah (hardware) yang dibenarkan dibuka tetapi rak alat tulis terpaksa ditutup dan tidak dibenarkan dijual. Apa rasional keputusan ini?,” tanya beliau.

Tegas Anuar, tanpa buku-buku kerja dan buku tulis yang baharu, anak-anak tidak dapat belajar dengan baik ketika PdPR.

Sudahlah mereka tidak boleh ke sekolah dalam keadaan sekarang, peralatan dan alatulis untuk mereka belajar di rumahnya juga tidak ada., ujar beliau.

Katanya, walaupun ada ibu bapa boleh membeli beberapa alat tulis secara online tetapi ramai juga ibu bapa yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak menggunakan kaedah ini.

Tidak semua keluarga menggunakan cara-cara pembelian dalam talian dan tidak semua buku buku kerja setiap mata pelajaran ada dijual secara dalam talian.

”Di dalam keadaan ini, keputusan kerajaan meletakkan buku kerja dan alat tulis dalam kategori ‘essential pendidikan’ sangat untuk membantu ibu bapa, guru-guru dan murid-murid,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast