Bangunan UMNO Selangor

KUALA LUMPUR – UMNO menerusi Majlis Tertinggi (MT) dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat esok bagi membuat keputusan sama ada kekal atau meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia dikuatkan lagi dengan khabar angin parti itu mahu meninggalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas tindak balas  PN terhadap tempoh 14 hari untuk mengadakan sidang Parlimen yang diberikan UMNO sebelum ini.

Laporan Astro Awani yang memetik sumber berkata, mesyuarat yang akan diadakan secara maya dengan melibatkan kepimpinan utama parti.

“Esok MT UMNO akan bermesyuarat dan dijangka akan menentukan hala tuju parti dalam kerajaan PN. UMNO akan membuat keputusan berkenaan esok,” kata sumber itu.

Mesyuarat itu dijangka memberi tumpuan kepada usaha-usaha membawa keluar UMNO dari PN bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk yang dinamakan Jajaran Harapan.

Tengah malam tadi, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengadakan pertemuan dengan beberapa kepimpinan tertinggi antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mendapatkan sokongan untuk keluar dari kerajaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pertemuan khas pemimpin UMNO pujuk Zahid – Sumber