Tiga pengarah syarikat pembekal implan perubatan dibawa bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Tiga pengarah syarikat pembekal implan perubatan direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM65,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah reman selama empat hari itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Georgetown, Balqis Roslin selepas permohonan dibuat Pegawai Permohonan Reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Azlan Basri.

Tiga lelaki direman empat hari bantu siasatan SPRM.

Kesemua lelaki yang berusia 29 hingga 37 tahun itu direman sehingga 10 Julai ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah 24(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah dipalsukan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kesemua suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman hari ini.

Terdahulu, kesemua mereka ditahan semalam bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu pembekalan implan ortopedik kepada agensi-agensi bantuan antaranya pusat zakat dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). – MalaysiaGazette