Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak percaya ramai peminjam sudah tiada pilihan dan akan terpaksa mengambil moratorium walaupun sedar ‘bantuan’ oleh kerajaan sebenarnya akan lebih membeban dan merugikan mereka.

Dengan nada satira, bekas perdana menteri itu berkata, namun tidak mengapa.

Ini kerana, katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mengkaji semula dan memperbetulkan masa depan untuk memulangkan keadilan kepada peminjam.

”Sebab keuntungan bank telah mencanak naik setiap tahun semasa ekonomi baik bawah kerajaan BN masa dahulu,” menurut beliau.

Lagipun, Ahli Parlimen Pekan itu menambah, kerajaan BN  pernah membantu bank yang terancam pada zaman krisis ekonomi 1997-1998 dan 2008-2010.

”Kini giliran mereka untuk membantu rakyat tanpa mengambil kesempatan dalam kesempitan,” ujar Najib. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast