Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off akan dikeluarkan hari ini, selewat-lewatnya jam 5.30 petang.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berkata, pengambilan khas ini akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta mahupun luar negara.

Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh graduan pendidikan.

Sehubungan itu SPP menyarankan calon-calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform rasmi media sosial SPP untuk mendapatkan maklumat terkini. – MalaysiaGazette